Buaya Tembaga ‘Abang Besar’ Di Jeti Mersing

Buaya Tembaga ‘Abang Besar’ Di Jeti Mersing

Sebuah jeti di Mersing, Johor mempunyai keunikannya tersendiri apabila seekor buaya tembaga  dengan anggaran sepanjang 5 kaki menjadi penunggu atau ‘abang besar’ di jeti berkenaan.

buaya tembaga

‘Awang’ itulah nama yang diberikan oleh nelayan di jeti berkenaan kepada buaya tembaga tersebut.

Sebenarnya terdapat 2 ekor buaya tembaga yang menjadi penunggu di jeti berkenaan, tetapi Awang lebih ‘mesra’ dengan nelayan disana berbanding saudaranya ‘Boboboi’.

Buaya katak nama lain bagi buaya tembaga, adalah spesis buaya air masin. Habitat buaya ini ialah di sungai dan paya air tawar. Ia akan berkeliaran dari hulu ke hilir kuala pada musim kering dan boleh bergerak jauh ke laut.

buaya tembaga

Buaya ini gemar naik ke tebing sungai ketika air pasang. Kebiasaanya buaya ini akan keluar pada waktu petang hingga ke malam bagi mencari makan.

buaya tembaga

Awang kelihatan jinak ketika diberikan ikan oleh nelayan di jeti berkenaan. Tetapi itu tidak menjadikan nelayan di jeti untuk mengambil sikap sambil lewa ketika memberi makanan kepada Awang.

Tonton video penuh berkaitan nelayan dan Awang di

YouTube : Demi Rezeki.