Kenali Channa Auranti
Channa Auranti ataua nama saitifiknya Channa Aurantimaculata adalah tergolong dalam spesis ikan snakehead. Ianya juga dikenali dengan nama lain sebagai Orange-spotted snakehead dan golden cobra snakehead
Channa Auranti mendapat namanya berdasarkan corak atau bintik-bintik jingga (orange) di badannya. Aurantium bermaksud jingga (orange) dan malculatus bermaksud tanda, corak (stained).
Ikan ini berasal daripada India. Ianya mudah ditemui di sekitar sungai Brahmaputra di dalam daerah Assam di utara India.
Diet ikan ini ialah ikan-ikan kecil dan juga serangga. Bloodworm, cacing tanah, udang antara makanan alternatif untuk ikan ini juga. Pemberian makanan seperti daging lembu atau ayam adalah tidak digalakkan kerana kandungan lemak di dalam daging berkenaan boleh menggangu proses penghadaman ikan.
Channa Auranti ini dibawa ke Malaysia oleh pejual ikan hiasan kerana mempunyai peminatnya sendiri. ‘Rupa parasnya’ yang garang menjadi tarikan kepada ikan pemangsa (predator) ini.
Suhu air yang sesuai untuk ikan ini ialah sekitar 15-28 °C dan kadar pH yang sesuai ialah sekitar 6.0 – 8.0.
Ikan ini mampu membesar sehingga 350 – 400 mm.
Keluasan akuariam yang sesuai untuk ikan ini 150 x 60 cm. Manakala jumlah air di dalam akuarium tidak kurang dari 30cm. Adalah dicadangkan juga supaya akuarium perlu sentiasa di tutup, untuk menghalang ikan melompat keluar.