Ketahui Tentang Ikan Tenggiri Yang Sering Menjadi Bahan Utama Masakan Tempatan
Ikan tenggiri merupakan spesis yang berada di dalam keluarga Scombridae. The king mackerel atau kingfish ini dikatakan ikan
yang bermigrasi beribu ribu kilometer dari lautan Atlantic, Gulf Mexico, Laut China Selatan, lautan Andaman dan Lautan Pacific.
Tujuan ikan tenggiri bermigrasi dipercayai untuk mengejar kumpulan ikan yang menjadi sumber makanannya.
Antara habitat terkenal dengan kehadiran ikan ni di Malaysia ialah di perairan Terengganu, Sedili, Tuas Yan dan Kuala Rompin.
Ikan tenggiri ini mampu mencapai saiz melebihi 25kg seekor.
Ramai kaki pancing yang ingin memiliki ‘lesen’ ikan ini. Teknik memancing yang sering
digunakan oleh pemancing untuk memperdayakan ikan ini ialah dengan menggunakan kaedah teknik trolling, fast jigging dan menghanyutkan umpan hidup seperti kembung, tamban dan selar.
Ikan ini boleh dipancing pada bila-bila masa kerana ianya bukan ikan jenis bermusim.
Mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu memotong tali pancing, membuatkan pancingannya memerlukan perambut jenis steel dan kevlar steel untuk bertarung dengannya.
Antara jenis tenggiri yg sering dijumpai di perairan Malaysia ialah tenggiri batang (narrow-barred Spanish mackerel) tenggiri papan (streaked seerfish) dan tenggiri bunga (Indo-Pacific king mackerel).
Harga ikan ini dipasaran agak tinggi kerana isinya yang tebal, enak dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Lebih dari 10 resepi masakan tempatan yang menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan utamanya. Antaranya ialah asam pedas ikan tenggiri, kari ikan tenggiri, ikan tenggiri masak kicap dan pelbagai lagi.