Kolam Pancing Air Masin Salak Tinggi Tidak Mengecewakan
![Kolam Pancing Air Masin Salak Tinggi Tidak Mengecewakan](https://akuaria.com/wp-content/uploads/2020/03/YT_Thumbnail-air-masin-2-300x169.jpg)
Kolam Pancing air masin yang terletak di Salak Tinggi, Sepang, Selangor ini memang tidak mengecewakan. Ramai pemancing yang tidak akan pulang dengan tangan kosong. Kolam pancing ini di kelilingi oleh kehijaun pokok-pokok. Sangat cantik dan menarik.
Kolam pancing ini ada menjual umpan udang hidup. Umpan hidup menjadi kegemaran ramai kaki pancing yang ingin bermain dengan teknik pelampung. Selain udang hidup, umpan hidup lain adalah tidak dibenarkan. Umpan hidup seperti anak ikan talapia tidak dibenarkan. Ini kerana jika anak ikan talapia itu terlepas di dalam kolam pancing, ianya boleh membiak dengan cepat.
Bagi peminat teknik casting, umpan udang mati boleh digunakan.
Jenis ikan yang banyak di dalam kolam pancing ini ialah ikan siakap dan ikan kaci. Saiz-saiz ikan ini juga tidak mengecewakan.
Kami amat mengesyorkan kolam pancing ini untuk pemancing-pemancing di sekitar lembah klang dan kawasan sekitarnya.