Kopi Hobi | Kafe Unik Berdekorasi Hobi Akuatik
Kopi Hobi
Kopi Hobi ialah sebuah kedai makan / kafe yang akan memberikan pengalaman menarik kepada setiap pelanggan yang hadir menjamu selera. Kafe yang terletak di Klang, Selangor ini menampilkan hobi akuatik sebagai tema utama hiasan mereka.
Terdapat lebih dari 5 buah akuarium yang menghiasi ruang di dalam Kopi Hobi. Terdapat beberapa akuarium yang didiami oleh ikan channa dan beberapa akuarium lagi di hiasi dengan konsep akuamarin (akuarium air masin).

Pelanggan yang hadir pasti terpukau dengan keindahan setiap akuarium yang dijaga rapi oleh pemilik Kopi Hobi ini.
Perkara paling utama dititik beratkan oleh pemilik kafe ini ialah penjagaan air di setiap akuarium tersebut. Ini kerana jika air di dalam akuarium tidak dijaga dengan baik dan kelihatan kotor, pastinya ia akan ‘merosakkan’ pandangan kafe tersebut.

Selain hobi akuatik yang menjadi tarikan utama di Kopi Hobi, hobi-hobi lain juga turut kelihatan menghiasi kafe ini. Set permainan video game dan beberapa permainan kawalan jauh turut menjadi penghias kafe ini. Sesuai lah dengan konsep hobi yang ingin ditonjolkan.
Kopi Hobi juga menawarkan perkhidmatan menyediakan ruang untuk sebarang acara / majlis kecil-kecilan dengan anggaran kapasiti sebanyak 20 orang.