Lebih 10 Tahun Ikan Patin Muncung ‘Hilang’ Dari Sungai Pahang

Nelayan darat di beberapa daerah di Pahang seperti Jerantut, Lipis, Temerloh, Bera dan Raub mendakwa, sudah lebih 10 tahun gagal menangkap ikan patin muncung.
Ikan ini seperti hilang dari sungai Pahang !
Harga semasa ikan patin muncung mencecah RM500 sekilogram dan ikan ini boleh mencecah berat sehingga 18 kilogram.
Menurut penduduk tempatan, rasa isi ikan tersebut lebih sedap berbanding ikan patin buah. Hal itu menyebabkan ianya menjadi buruan dan kegemaran ramai.
Oleh kerana itu, Jabatan Perikanan Pahang menerusi Pengarahnya, Abdullah Jaafar mengumumkan jabatan itu sedia membeli patin muncung hidup untuk dijadikan induk pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.
Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok (PPAP), Jerantut sudah lama berusaha untuk mendapatkan ikan spesies berkenaan bagi dijadikan induk namun hingga kini tidak berjaya.
Pusat tersebut sedang dalam usaha menghasilkan benih Patin Muncung bagi mengekalkan spesies ikan berkenaan di perairan sungai pahang.
Tidak mustahil jumlah ikan patin muncung akan kembali banyak di perairan sungai pahang suatu hari nanti jika usaha ini berjaya.
Tetapi sehingga kini, usaha tersebut gagal dilaksanakan kerana ketiadaan induk ikan berkenaan.
Masa depan ikan patin muncung boleh dikatakan kini bergantung sepenuhnya daripada nelayan darat di sungai pahang.
Jika berjaya menangkap ikan patin muncung, boleh lah dijual kepada pihak Jabatan Perikanan.
Sumber :
– https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/02/920946/beli-patin-muncung-harga-tinggi-buat-induk
– https://www.sinarharian.com.my/article/187577/EDISI/Tak-pernah-dapat-patin-muncung-lebih-10-tahun