Lebih 1400 Ekor Ikan Lumba-lumba Di Sembelih

Sekumpulan ikan lumba-lumba jenis White-sided yang berenang bebas di bahagian utara lautan Atlantik telah ‘diarah’ menuju kesebuah kawasan fjord (kawasan perairan yang panjang dan sempit dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi) oleh sekumpulan nelayan.

faroe island
faroe island

Kejadian ini berlaku di Kepulauan Faroe (Faroe Islands), sebuah pulau yang terletak di lautan atlantik dibawah wilayah autonomi Denmark.

faroe island
faroe island

Di penghujung fjord tersebut, sekumpulan penduduk pulau telah bersedia untuk ‘menerima’ kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba berkenaan.

Satu acara tradisi bagi meraikan ‘kehadiran’ kumpulan ikan lumba-lumba berkenaan akan dijalankan. Tradisi yang telah lama wujud bagi penduduk di Faroe Islands.

Apa yang pasti, tradisi memburu haiwan mamalia laut ini adalah sebuah perjalanan akhir bagi ikan lumba-lumba berkenaan.

Grindadrap in Faroese ialah acara tradisi yang telah diamalkan oleh penduduk Faroe Islands sejak beratus tahun. Secara tradisinya, ikan paus adalah haiwan utama yang menjadi buruan.

Menurut sumber tempatan, lebih 600 ekor ikan paus pilot (Pilot Whale) ditangkap dan dibunuh setiap tahun di dalam acara tradisi ini.

Bagi penduduk tempatan, tradisi ini dianggap usaha untuk mengekalkan kelestarian kitaran sumber makanan dan ianya dianggap sebagai identiti masyarakat di pulau tersebut.

Bagi aktivis hidupan marin pula, ianya satu perkara yang tidak perlu dan sangat kejam.

Kejadian pada awal pagi Ahad 12 September 2021, air laut di persisir pantai fjord Faroe Islands bertukar menjadi merah.

faroe island
faroe island

Lebih 1400 ekor ikan lumba-lumba (White-sided dolphin) dibunuh dan ianya adalah rekod terbanyak pernah dicatatkan.

Menurut ahli biologi (marin) tempatan Bjarni Mikkelsen, acara tradisi pada awal pagi ahad berkenaan telah merekodkan jumlah tertinggi haiwan mamalia laut yang pernah di tangkap. Rekod tangkapan tertinggi sebelum ini ialah pada tahun 1940 dengan jumlah 1,200 ekor ikan, 900 ekor ikan pada tahun 1879 dan 856 ekor ikan pada tahun 1873.

faroe island
faroe island

Manakala ikan lumba-lumba (White-sided dolphin) adalah sepesis yang jarang diburu. Hanya 35 ekor pada tahun 2020 dan 10 ekor pada tahun 2019.

Beberapa penduduk tempatan juga terkejut dengan jumlah ikan yang di tangkap dan dibunuh. Menurut mereka, aktiviti ini tidak melanggar mana-mana udang-undang tempatan dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Tiada organisasi atau jawatankuasa khusus yang dilantik untuk menguruskan aktiviti tradisi ini. Kebiasaanya berlaku secara spontan, bila kumpulan nelayan mengesan kawanan kumpulan mamalia laut berkenaaan.

Tetapi penyembelih perlu mendapat sijil latihan khas sebelum layak menyertai acara berkenaan.

Menurut wakil rakyat tempatan Sjurdur Skaale, tradisi ini dilakukan dengan berperikemanusiaan, penyembelih akan menggunakn pisau khas yang akan memotong tulang belakang ikan seterusnya ke bahagian leher ikan, ianya dilakukan dengan cepat dan kurang menyeksa ikan berkenaan.

Sea Shepherd
Sea Shepherd

Tetapi menurut penduduk tempatan yang berkongsi video dan gambar kepada Sea Shephered (NGO haiwan dan hidupan laut) acara pada hari berkenaan tidak dimaklumkan oleh penyelia penyembelihan dan tidak dilakukan dengan baik.

Menurutnya lagi, beberapa peserta acara berkenaan juga tidak mempunyai lesen penyembelihan (syarat wajib untuk menyertai acara berkenaan).

Terdapat juga beberapa ekor ikan lumba-lumba yang mati akibat terkena kipas bot-bot nelayan yang mengejar kawanan ikan lumba-lumba berkenaan.

Tujuan asal acara tradisi ini ialah sebagai salah satu sumber makanan kepada penduduk tempatan. Tetapi selepas acara penyembelihan terbesar itu, terdapat baki daging ikan lumba-lumba yang tidak dapat diedarkan kepada penduduk (akibat terlampau banyak).

Video acara berkenaan : GRAPHIC IMAGES! 1428 Dolphins killed in a bloody massacre in the Faroe Islands.

* * *

Sumber :
https://www.bbc.com/news/world-europe-58555694
https://www.seashepherdglobal.org/latest-news/1428-dolphins-killed-faroes/