Lelaki Ini Dijangkiti Covid-19 Dan Kehilangan 400 Ekor Arowana Super Red.
Seorang lelaki bernama Pang Lesmana @ Suk Eng Pang telah dijangkiti virus Covid-19 pada bulan Mac 2021. Awal daripada itu, September 2020 dia telah cedera diserang oleh anjing.
Selepas disahkan negatif dari virus berkenaan kesihatan Suk Eng Pang terjejas teruk sehingga membataskan pergerakkannya.
Ini menjadikan kira-kira hampir 8 bulan dia tidak ke kolam ternakan arowana miliknya di Cibinong, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Semasa ketiadaanya, kolam itu diuruskan oleh anaknya dan beberapa orang pembantu.
Kerana kerinduan dengan arowana miliknya, Suk Eng Pang menggagahkan diri juga ke kolam miliknya pada Julai 2021.
Beliau terkejut, bila mana makanan yang ditabur (diberikan) ke kolam tidak dimakan oleh ikan-ikannya. Yang kelihatan hanya 2,3 ekor ikan sahaja berbanding sebelum ini dimana setiap kolam mempunyai lebih kurang 15 – 20 ekor ikan arowana super red.
Arowana super red milik Suk Eng Pang ini adalah spesis yang berasal dari Ketungau, iaitu sebuah daerah di kalimantan barat Indonesia. Beliau telah memelihara ikan ini sejak tahun 1974.
Pada 1984, dia berjaya membiakkan ikan arowana ini. Awalnya dia hanya memiliki 12 ekor induk arowana dan berjaya membiakkan ikan ini lebih dari 1,000 ekor sehingga kini.
Menurut Suk Eng Pang, sudah lebih 40 tahun dia memelihara ikan arowana spesis dari Ketungau ini. Ikan ini juga boleh dikatakan spesis asli terakhir dari Ketungau kerana ikan arowana ini sudah hampir pupus dan sukar ditemui di habitat asalnya di Ketungau.
Anggaran kerugian yang dilaporkan oleh merdeka.com , ialah sekitar RM7,000 (Rp24 juta).
Bercakap kepada Irfan Hakim (YouTube : deHakims) kerugian yang dialaminya itu adalah lebih dari nilai yang dilaporkan. Ini kerana ikan-ikannya yang hilang itu tidak ternilai harganya.
Suk Eng Pang sebenarnya, tidak menjual ikan-ikan arowana miliknya. Ianya lebih kepada koleksi peribadi dan usahanya melestarikan ikan arowana spesis Ketungau itu. Hanya orang-orang tertentu yang dipercayai mampu melihara ikan arowananya, dibenarkan untuk memilikinya.
Suk Eng Pang memiliki 47 buah kolam arowana. Ianya berada di dua lokasi berbeza. Di satu lokasi terdapat 20 buah kolam, hanya 16 buah yang digunakan. Di satu lokasi lain terdapat 27 buah kolam, hanya 17 buah yang digunakan. Anggaran 20 ekor ikan arowana bagi setiap kolam.
Lebih malang, sebenarnya pelaku (pencuri) ikan-ikan arowana super red milik Suk Eng Pang ialah pekerjanya sendiri. Pekerja tersebut telah bekerja di ladang ikan arowana itu sejak tahun 2015 dan sudah menjadi orang kepercayaan Suk Eng Pang.
Pelaku mengambil kesempatan atas kesulitan yang sedang di alami Suk Eng Pang. Kecurian itu mungkin telah dilakukan sejak tahun 2019 lagi, semasa ketiadaan Suk Eng Pang di ladang arowana tersebut. Kaedah yang digunakan oleh pelaku untuk menangkap ikan arowana itu ialah dengan memancing ikan setiap hari.
Berdasarkan laporan berita mediaindonesia.com harga yang dijual oleh pelaku kepada pembelinya ialah sekitar RM200 – RM300 (Rp700- Rp 800 ribu) bagi 4 ekor ikan arowana bersaiz dewasa. Ada juga yang dijual secara pukal dengan harga RM500 (Rp500 ribu).
Hanya 36 ekor ikan arowana yang baru ditemui dari 400 ekor yang telah dicuri.
* * *
Sumber:
– https://youtu.be/VrS8kjGVg_I
– https://youtu.be/PksNYSTvvh0
– https://mediaindonesia.com/megapolitan/421407/polres-bogor-ungkap-kasus-pencurian-400-ikan-arwana-senilai-rp24-miliar
– https://www.merdeka.com/peristiwa/400-ekor-arwana-super-red-senilai-rp24-miliar-dicuri-anak-buah-pemilik-di-bogor.html