Nelayan Wanita Menaikkan Ikan Tuna Seberat 450 kilogram Seorang Diri.
Ramai yang mengetahui, nelayan ialah satu pekerjaan yang sangat sukar dan penuh dengan cabaran. Tugas ini lebih sukar jika anda ialah seorang nelayan wanita.
Michelle Bancewicz Cicale berjaya menaikkan ikan tuna jenis bluefin seberat 450 kilogram seorang diri di Hampton Beach di New Hampshire, AS.
Menurut laporan Ladbible, Cicale sudah melakukan aktiviti memancing ikan tuna sejak tahun 2015. Pada tahun 2021 dia berjaya menaikkan seekor ikan sepanjang 90 inci dengan anggaran berat 120 kilogram.