Pelbagai Jenis Ikan Guppy ‘Premium’ Pada Harga Mampu Milik.
Ikan Guppy Premium
Ikan guppy antara spesis ikan air tawar (ikan hiasan) yang mudah untuk dipelihara buat peminat hobi ikan hiasan. Ikan guppy juga tidak memerlukan sebarang peralatan yang banyak ataupun sebuah akuarium yang besar. Ianya boleh dipelihara di dalam akuarium bersaiz sederhana.
Ada juga yang menganggap ikan guppy sebagi ‘ikan longkang’ tidak setaraf dengan jenis-jenis ikan hiasan lain. Tanggapan itu sebenarnya salah. Ikan guppy sebenarnya telah menjadi salah satu jenis ikan hiasan yang paling banyak mendapat sambutan.
Baca : Penjagaan Ikan Guppy (Induk Dan Fry) Yang Betul
Ikan guppy juga terdapat dalam pelbagai varian / strain yang cantik dan mempersonakan buat mata-mata yang memandang.
Sebuah kedai di Sri Kembangan, Selangor, mempunyai pelbagai jenis ikan guppy gred premium dan dijual pada harga mampu milik.
Kami senaraikan beberapa strain ikan guppy yang di jual di kedai berkenaan.