Pembiakan Ikan Laga (Betta) Yang Perlu Anda Tahu
Pembiakan ikan laga dilihat kompleks berbanding dengan spesis ikan-ikan yang lain. Pembiakan ikan laga banyak melibatkan ikan jantan, baik dari pembinaan sarang (buih) hingga kepada penetasan.
Proses pembiakan ikan laga bermula dengan penghasilan buih daripada ikan jantan bertujuan untuk menarik perhatian ikan betina dan juga untuk dijadikan sarang penetasan fry (anak ikan).
Proses persenyawaan berlaku dengan kedua-dua ikan mula bergumpal dan telur yang terhasil dari proses tersebut akan jatuh satu persatu. Setiap telur yang dihasilkan daripada ikan betina akan dikutip oleh ikan jantan dan serta merta akan diletakkan ke dalam buih-buih yang telah dibina.
Peranan ikan betina tidak diperlukan lagi setelah kesemua proses tersebut selesai dan pengasingan perlu dilakukan bagi mengelakkan pergaduhan. Tugas pengeraman akan dilakukan oleh ikan jantan dengan kawalan yang ketat bagi mengelakkan telur-telur tersebut dimakan pemangsa lain. Setiap telur yang terlepas dari gumpalan buih akan dikutip semula oleh si jantan semasa proses penjagaan tersebut.
Fry akan mula menetas dalam jangka masa 24 hingga 36 jam mengikut suhu semasa. Dalam tempoh tersebut, fry mempunyai nutrien yang cukup untuk kelangsungan hidup serta tidak perlu diberi makan. Hanya selepas tiga hari, baru fry akan mula berenang dan ketika itu pemberian makanan sangat penting kerana sumber semulajadi mereka telah habis. Ketika fry mula berdikari, ikan jantan boleh diasingkan bagi mengelakkan ia memakan sendiri anak-anaknya. Namun, ia bergantung kepada sifat agresif induk.
Remaja Berusia 13 Tahun Meraih RM2,00 Sebulan Dengan Menjual Ikan Laga
Antara makanan yang sesuai untuk diberikan kepada fry betta ialah Infosuria, artemia halus, cacuk, kutu air dan microworm. Kesemua sumber ini sesuai dalam mempercepatkan proses tumbesaran fry tersebut.
Beberapa faktor tambahan boleh dijadikan panduan kepada penternak dalam tumbesaran fry, antaranya ialah penjagaan air yg bersih dan sistem pengudaraan yg baik.