Perbezaan Di Antara Channa Gachua Dan Channa Limbata
Ikan Channa Gachua adalah spesis ikan didalam keluarga besar Channidae. Ikan ini tergolong di dalam kategori dwarf snakehead. Dwarf snakehead adalah ikan-ikan snakehead bersaiz kecil dan kadar pembesaran maksimumnya ialah 25cm.
Antara ikan lain yang berada di dalam kategori dwarf snakehead ialah Channa Andrao, Channa Bleheri (rainbow snakehead) dan Channa Limbata.
Seringkali menjadi perdebatan dan persoalan di antara peminat channa apakah Channa Gachua dan Channa Limbata ikan yang sama?
Jawapanya, tidak sama.
Merujuk kepada fishbase.se Channa Gachua pertama kali ditemui dan direkodkan oleh seorang warga scotland di india bernama Francis Buchanan-Hamilton pada tahun 1822.
Manakala channa limbata ditemui dan direkodkan pertama kali oleh Georges Cuvier pada tahun 1831.
Oleh kerana channa Gachua terlebih dahulu direkodkan, ikan-ikan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama sepertinya sering dirujuk sebagai channa Gachua.
Antara ciri-ciri channa gachua ialah ianya mempunyai 1 titik hitam di hujung dorsal (belakang) yang dikenali sebagai “pseudo-ocellus”. Semakin ikan dewasa, tanda/bintik hitam ini akan pudar dan hilang. Warna di bahagian atas dorsalnya adalah putih dan cerah.
Selain ciri-ciri unik tersebut, ianya mempunyai warna yang hampir sama seperti channa limbata.
Diet utama bagi ikan ini ialah ikan-ikan kecil, serangga dan udang.
Saiz maksimum bagi ikan ini ialah 15cm
Suhu air yang sesuai untuk ikan ini ialah sekitar 18-28 C. Manakala kadar pH air yang sesuai ialah sekitar 5.0 – 8.0
Channa gachua adalah sejenis ikan ‘mouthbrooder’ dimana induk jantan akan menyimpan telur dan menjaga anak yang baru menetas di dalam mulutnya.
Habitat yang mudah ditemui ikan ini ialah di sekitar kawasan seperti jeram, kawasan berpaya dan biasanya di kawasan air cetek serta tidak berarus deras.
Dipercayai, jika habitat yang didiami ikan ini lebih berasid, warna pada badan dan sirip ikan ini akan lebih menarik.