Teknik Dan Cara Membiakkan Azolla
Cara Membiakkan Azolla
Azolla adalah sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang hidup terapung di permukaan air.
Azolla boleh dijadikan sebagai makanan alternatif untuk binatang ternakan seperti ayam, itik dan ikan. Ia juga boleh dijadikan sebagai baja untuk tanaman.
Kelebihan tanaman air ini ialah ia mengandungi zat makanan serta protein yang jauh lebih tinggi berbanding jagung dan dedak.
Menurut satu laporan dari Berita Harian, perusahaan Azolla ini juga boleh dikomersialkan. Ianya boleh dibiakkan dalam skala yang besar. Terdapat lebih 20 kolam dengan setiap kolam mempunyai lebih 700 kilogram (kg) tumbuhan itu yang boleh dituai dua hari sekali dengan kos RM10 sekilogram. Perusahaan ini terletak di Parit 11 Timur di Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor.
Di dalam video ini, Izat Hakim Osman, seorang penternak udang kara air tawar, akan berkongsi teknik dan caranya membiakkan azolla.
Azolla di gunakan oleh Izat sebagai makan alternatif untuk udang kara yang diternaknya.
// Rujukan :
https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2018/03/404521/tanam-azolla-dalam-kolam-simen