Teknik Mudah Penjagaan Ikan Laga (Betta) Jenis Crowntail
Ikan laga (betta) jenis Crowntail ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ianya cukup dikenali dengan tanda (trademark) mempunyai tulang-tulang halus (ray) pada sirip membentuk seperti mahkota.
Tetapi ramai juga dikalangan peminat ikan laga mengatakan, Crowntail ini sukar untuk dijaga dan dipelihara.
Sebenarnya, kalau kita mengetahui teknik dan cara yang betul. Ianya tidak sesukar yang disangka.
Kami kongsikan tips dan teknik yang diberikan oleh seorang juri pertandingan ikan laga yang juga peminat ikan laga jenis Crowntail.
Kekemasan Ray.
Pemilik atau penternak ikan ini perlu menitik beratkan penjagaan dan kekemasan ray. Ini adalah kerana ray ikan sangat rapuh dan mudah cara. Ini penting, kerana kecantikan crowntail ini sememangnya terletak kepada ray tersebut. Untuk itu, semasa proses mengangkat atau menguruskan (handling) ikan, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Pastikan Ray Ikan Tidak Berbentuk ‘J’.
Kaedah dan teknik yang salah semasa memperkemaskan (grooming) ikan akan mengakibatkan atau menjadi punca ray ikan menjadi ‘J’ (bengkok).
Jika ikan kerap dibiarkan bermain di bahagian atas air, ianya akan menjadi punca sirip dorsal bengkok. Manakala punca sirip anal bengkok disebabkan ikan dibiarkan bermain di bahagian dasar air.
Untuk itu, cara terbaik ialah dengan memastikan ikan sentiasa bermain di bahagian pertengahan air.
Pemakanan Ikan Crowntail.
Ini adalah aspek paling penting dalam penjagaan ikan laga jenis Crowntail. Ikan ini tidak boleh dibiarkan berlapar. Maksudnya, jangan dibiarkan ikan tidak makan dalam tempoh yang lama. Jika dibiarkan ikan ini lapar, ianya boleh mempengaruhi ketebalan ray pada sirip-sirip ikan. Ray ikan yang halus dan rapuh akan mengurangkan kecantikan ikan ini. Jentik-jentik adalah makan yang paling bagus untuk ikan, tetapi makanan alternatif lain juga boleh diberikan kepada ikan ini.
Tips Dan Cara Membeli Ikan Laga (Betta) Secara Atas Talian Online - AKUARIA
October 7, 2021 @ 3:08 pm
[…] Baca : Teknik Mudah Penjagaan Ikan Laga (Betta) Jenis Crowntail […]
Yogeskumar
June 18, 2023 @ 4:58 pm
Nak beli ikan betta