Tips Dan Cara Membeli Ikan Laga (Betta) Secara Atas Talian Online
Pada video kali ini kami akan berkongsi cara dan tips bagi peminat-peminat ikan laga (betta) secara atas talian (online). Tips ini tidak semestinya dipatuhi atau wajib diikuti. Ianya boleh dijadikan panduan (guide) untuk mereka yang ingin membeli secara online.
Selidik Harga Pasaran Semasa.
Jangan terus bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh penjual. Mungkin harga yang diberikan itu murah, tapi jangan terpedaya. Itu lah tektik penjual (penipu) untuk mendapatkan mangsa. Semak dulu harga pasaran semasa ikan laga (betta) yang anda minat. Jika harganya terlalu rendah, semak lagi kenapa ianya terlampau rendah.
Penternak Yang Di Percayai Ada Jual Ikan Murah.
Ada juga penjual yang menjual ikan laga (betta) pada harga rendah. Tetapi anda harus pastikan penjual adalah penternak (breeder) yang dipercayai, mempunyai reputasi yang baik dan dikenali ramai.
Baca : Teknik Mudah Penjagaan Ikan Laga (Betta) Jenis Crowntail
Selidik Akaun Profile Penjual.
Ini penting, untuk anda mengenalpasti penjual itu adalah benar-benar wujud atau dia sebenarnya penipu. Kebiasaanya penjual (penipu) akan menggunakan akaun palsu. Sudah tentu tujuannya ialah untuk mengelak dari dikesan jika urusniaga (penipuan) berjaya.
Rujuk Dengan Penternak Tempatan.
Adalah digalakkan juga untuk anda merujuk kepada penternak tempatan, penternak yang tinggal di kawasan penjual ikan laga (betta) berkenaan. Tujuannya, untuk mengenalpasti adakah penjual berkenaan benar-benar wujud dikawasan berkenaan.
Penjual (penipu) Akan Menggunakan FB Messenger.
Tektik yang kerap digunakan oleh penjual (penipu) ialah menggunakan Fb Messenger sebagai alat perhubungan. Ini kerana mereka boleh mewujudkan akaun palsu untuk menguruskan jualan mereka.
Semak No. Akaun Bank Yang Diberikan.
Jika urusniaga hampir berlaku, adalah digalakkan untuk anda menyemak no akaun yang diberikan oleh penjual berkenaan. Ini untuk memastikan akaun berkenaan bukan akaun yang berada di dalam black list atau mempunyai rekod polis. Semakan boleh dibuat di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM
Kalau anda merasa tidak yakin untuk membeli ikan laga (betta) secara online. Beli sahaja dengan penternak/penjual berdekatan dengan anda.