Jurang Mariana | Jurang Paling Dalam Di Dunia

Jurang Mariana dipercayai jurang atau lubang terdalam di dunia. Manakala titik terdalam di dalam Jurang Mariana dikenali sebagai Challenger Deep. Jurang Mariana berbentuk seperti bulat sabit berukuran 2,550km panjang dan 69km lebar. Kedalaman maksimum yang pernah dicatatkan ialah sekitar 36,037 kaki (10.9km)

Untuk perbandingan, KLCC berketinggian 1482 kaki (0.4km). Bagi menyamai kedalaman jurang mariana, kita memerlukan kira-kira 25 buah KLCC. ketinggian gunung Everest pula ialah kira-kira 29,000 kaki (8.8km). Jika gunung everest di masukkan ke dalam jurang ini, puncak gunung itu masih lagi belum kelihatan di permukaan air.

Dimana terletaknya jurang Mariana?

Jurang Mariana terletak di barat lautan pasifik dan kira-kira 200 kilometer dari utara Pulau Mariana. Nama jurang itu diambil bersempena nama pulau tersebut.

Bagaimana jurang Mariana ditemui?

Satu Ekspedisi saintifik telah dijalankan untuk meneroka lautan pada tahun 1875. Pasukan ekspedisi ini telah menggunakan sebuah kapal laut yang diberikan nama HMS Challenger. Mereka telah belayar sejauh 70,000 batu mengelilingi bumi bagi mencari jurang atau dasar paling dalam di lautan.

Ekspedisi yang diberikan nama Challenger sempena nama kapal yang digunakan, telah menemui kedalam pertama yang dicatatkan iaitu sejauh 26,850 kaki (8.2km).

Kaedah yang digunakan ketika itu ialah dengan menjatuhkan pemberat ke dalam laut yang diikat dengan tali.

Pada tahun 1951 ekspedisi Challenger II telah dijalankan. Dengan menggunakan kaedah sonar (gema dasar laut) kedalaman baru Jurang Mariana telah direkodkan ialah 35,760 kaki (10.8km)

Ekspedisi Menyelam.

Sehingga tahun 2022 terdapat 22 aktiviti selaman menggunakan kenderaan dasar lautan (DSV) yang mempunyai krew dan 7 selaman DSV tanpa krew. Kesemua ekspedisi selaman ini berjaya mengumpulkan pelbagai maklumat saintifik yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.

Pada 2019, Victor Vescovo telah mencapai dasar selaman yang baru iaitu 35,853 kaki (10.9km). Victor telah menggunakan menggunakan DSV yang diberi nama Limiting Factor. Beliau juga merupakan manusia pertama yang sampai ke Challenger Deep lebih dari sekali. Beliau telah melakukan 4 kali selaman di antara 28 April – 5 Mei 2019.

Hidupan di dasar jurang.

Tidak banyak hidupan yang ditemuai di kawasan Challenger Deep. Ini berikutan kawasan berkenaan mempunyai tekanan yang sangat tinggi dan ianya terlalu gelap.

Antara hidupan yang pernah ditemui ialah ikan jenis flatfish, udang, beberapa spesis microalga, ikan pari (seabed), dan sotong.

Dasar yang tercemar.

Pada tahun 2016 satu kajian telah dijalankan dan didapati terdapat pencemaran bahan kimia pada sampel yang diambil. Antaranya ialah terdapat kesan Polychlorinated biphenyls (PCBs) dan microplastic.

Pada tahun 2019, majalah Scientific American melaporkan terdapat kesan Carbon-14, sejenis bahan yang terdapat dalam bom nuklear, ditemui pada hidupan di jurang berkenaan.

===========

Sumber :
https://newspatrolling.com/is-there-anything-below-the-mariana-trench/
https://en.wikipedia.org/wiki/Mariana_Trench
https://www.hmschallenger.net/2015/06/02/scientific-equipment-on-hms-challenger/