Ikan Bilis Mata Biru Naik Darat !
Terdapat segelintir pihak mengatakan bandar Tawau, Sabah sinonim dengan ikan bilis kerana terdapat pelbagai jenis dan saiz. Manakala di semenanjung Malaysia, ikan bilis mata biru adalah sinonim dengan Pulau Pangkor. Malah ada yang menganggap ikan bilis di pulau itu adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah dapat dibuktikan.
Jika anda bercuti ke pulau pangkor, berhadapan Terminal Jeti Lumut terdapat bazar yang menjual pelbagai produk hasil laut dan cenderamata yang melambangkan “aku dah sampai pangkor !” ikan bilis mata biru pastinya bekalan wajib untuk dibawa pulang.
Apa istimewanya ikan bilis mata biru ini?
Menurut penduduk tempatan Pulau Pangkor, ikan bilis jenis ini merupakan produk tempatan dan tidak terdapat ditempat lain. Ikan bilis ini rangup bila digoreng, tidak masin dan tidak liat seperti ikan bilis yang lain.
Ikan bilis mata biru juga tahan disimpan didalam peti lebih dari sebulan tanpa mengurangkan kualitinya. Harganya pula berbeza-beza mengikut saiz, kesegaran dan kualiti.
Ikan bilis mata biru naik darat.
Pada Ogos 2022, penduduk di sekitar pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dikejutkan dengan fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di atas pasir. Ianya berlaku pada waktu malam kira-kira jam 7.00 hingg 8.00 malam.
Fenomena itu menyebabkan penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan mengutip ikan bilis yang terdampar serta sudah kering di tepi pantai antara 11 pagi hingga 1 tengah hari pada keesokan harinya.
Nelayan Wanita Menaikkan Ikan Tuna Seberat 450 Kilogram Seorang Diri.
Menurut nelayan tempatan, fenomena itu berlaku mungkin disebabkan oleh ikan besar terutamanya ikan alu-alu yang mengejar dan memakan ikan bilis. Selain itu, antara penyebabnya ialah cahaya lampu dikawasan pantai berkenaan.
Akan tetapi, menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis naik ke pantai iaitu antaranya perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton, selain arus dan gelombang yang tinggi.