Akuarium Ikan Air Masin Menjadi Pagar Rumah
Pagar Akuarium Aquamarin
Seorang pemilik sebuah rumah di Turki telah menjadikan akuarium sebagai pagar rumahnya. Akuarium yang penuh dengan pelbagai jenis ikan air masin itu menjadi pemisah diantara rumahnya dan jalan utama.
Keunikan pagar itu telah menarik perhatian ramai.
Ramai yang berhenti untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan di ‘pagar’ unik berkenaan. Ada juga yang dilihat sedang asyik memerhatikan ikan-ikan air masin yang terdiri dari pelbagai jenis di dalam akuarium tersebut.