Apakah Sebenarnya Aquascape?
Aquascaping atau aquascape ialah satu seni yang unik. Aquascaper (peminat/pembuat aquascapping) perlu mahir dalam penyusunan hidupan akuatik yang unik dan pelbagai, menjadi sebuah hiasan atau pemandangan yang cantik dan menarik di dalam sebuah akuarium.
Aquascape yang menarik dan cantik bukan sekadar mempunyai tumbuh-tumbuhan akuatik, ianya boleh juga di tambah dengan hiasan lain seperti batu-batuan, kayu hanyut dan juga hidupan seperti ikan, udang dan siput.
Dalam kata lain, aquascape ialah sebuah taman di dalam air dan aquascaper ialah seorang tukang kebun. 🙂
Walaupun menghasilkan sebuah seni aquascape nampak mudah, tapi sebenarnya ia lebih dari sekadar menyusun tumbuh-tumbuhan akuatik dan batu-batuan.
Aspek teknikal berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan sebuah akuarium juga perlu di ambil kira. Banyak aspek yang perlu diambil kira untuk menjadikan sebuah aquascape itu mampu bertahan lama.
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah termasuk pemilihan tanah, penyelenggaraan penapis air, paras karbon dioksida (jika diperlukan), proses fotosintesis, cahaya dan kawalan alga.
Jenis-jenis rekaan aquascape yang popular.
1. Dutch Style.
Ini adalah antara rekaan terawal yang wujud di dunia aquascape. Ianya telah wujud sejak tahun 1930 lagi bila mana perniagaan akuarium hiasan mula berkembang. Konsep ini menekankan susunan tumbuhan akuatik secara berlapis/bertingkat berdasarkan ketinggian. Ianya akan dilengkapkan dengan batu-batuan atau kayu. Hampir 80% akuarium akan dipenuhi tumbuh-tumbuhan.
2. Nature Style (Japanese Styles).
Konsep ini diperkenalkan oleh Takashi Amano pada tahun 90’an. Berbeza dengan konsep Dutch Style yang menyusun tumbuhan akuatik berlapis/bertingkat, konsep ini lebih ke arah landskap, taman atau pemandangan alam semulajadi. Konsep ini juga memerlukan pemilihan batu dan kayu yang sesuai serta tumbuhan. Kencantikan minimalis menjadi keutamaan dalam konsep ini.
3. Iwagumi Style (Japanese Styles).
Konsep ini adalah salah satu bahagian di dalam konsep Japanese Styles. Batu-batuan (hardscape) menjadi titik fokus utama dalam penghasilan aquascape. Selari dengan maksud Iwagumi itu dalam bahasa jepun yang bermaksud susunan batu (rock formation). Keseimbangan di antara ruang, hardscape dan susun atur menjadi aspek peting dalam konsep ini. Konsep asal Iwagumi akan menggunakan hanya 3 biji batu, tetapi oleh kerana seni itu tiada batasannya, bilangan batu boleh ditambah berdasarkan kreativti aquascaper.
*Â Â *Â Â *
Sebenarnya banyak lagi konsep dalam penghasilan Aquascaping. Ianya bergantung kepada kreativiti dan imaginasi aquascaper apakah yang ingin di hasilkan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
//Rujukan:
1. https://www.theaquariumguide.com/articles/understanding-iwagumi-aquascaping-style
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Aquascaping
3. https://www.aquascapeawards.com/blog/the-nature-style-planted-tank/
4. https://www.theaquariumguide.com/articles/understanding-dutch-aquascaping-style
5. http://scapefu.com/aquascape-analysis-of-george-farmers-one-pot-iwagumi/
JMR
August 25, 2019 @ 12:07 am
Cantik deko dlm mini aquarium tu..sejuk mata memandang
Admin #1
August 28, 2019 @ 10:11 am
boleh lah try buat sebiji kat rumah