Kaedah Mencari Ikan Laga Kampung
Ikan laga ialah sejenis ikan yang sangat istimewa. Ianya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Di kawasan utara Malaysia, ikan laga juga dikenali sebagai ikan karin. Majalah 3 pada siaran April 2019 yang lalu telah memaparkan bagaimana pencarian ikan karin di lakukan.
Pencarian ikan laga kampung atau nama lainnya ikan karin bukanlah satu tugas yang mudah. Ini kerana dalam proses pencarianya, si pencari akan berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya ialah bertemu dengan ular dan haiwan berbisa yang lain.
>> Karnival Ikan Laga Liar Malaysia
Berdasarkan laporan Majalah 3, pencari ikan karin kampung tersebut pernah berjaya menangkap sebanyak 25 ekor ikan sehari. Jumlah tangkapan adalah tidak menentu dan bergantung juga kepada keadaan cuaca.