Pati Bang Diro : Produk Khas Untuk Ikan Laga (Betta) Yang Berkesan
Pati Bang Diro
Pati Bang Diro ialah satu produk / ubat / penggalak tambahan yang boleh digunakan untuk menaikkan seri ikan laga (betta) anda ataupun digunakan sebagai produk merawat ikan yang sakit.
Masalah utama bagi seorang penternak ikan laga ialah penjagaan air. Ini kerana air yang bersih dapat menjamin kesihatan ikan laga anda.
Selepas menggunakan produk ini, beberapa minggu, kami dapati kekerapan menukar air adalah rendah, berbanding tidak menggunakan produk Pati Bang Diro ini.
Selain digunakan untuk menyelesaikan masalah air, kami gunakan juga Pati Bang Diro untuk mempercepatkan proses ‘pecah warna’ ikan laga.
Ikan yang monyok atau patah pinggang juga boleh dirawat dengan menggunakn Pati Bang Diro. Ikan akan kembali aktif dan sihat.
Selain itu juga, kami menggunakan Pati Bang Diro ini semasa proses ‘kahwin’ ikan laga. Hasilnya, banyak buih yang dihasilkan oleh induk jantan.
Masalah yang kerap berlaku semasa proses ini ialah ikan induk betina lambat untuk melepaskan telurnya. Tetapi selepas menggunakan Pati Bang Diro, ikan betina dapat melepaskan telurnya dengan cepat.