Pelbagai Jenis Ikan Sungai Ada Di Jual Di Sini
Menjadikan ikan sungai sebagai ikan peliharaan atau ikan hiasan bukanlah sesuatu aktiviti yang baru. Ianya telah dilakukan sejak sekian lama oleh peminat ikan sungai. Mungkin dahulu ikan sungai dan pelbagai spesis ikan air tawar lain di pelihara sebagai sumber makanan, tetapi kini ikan sungai telah menjadi ‘keluarga’ ikan hiasan.
Aktiviti menangkap atau memancing ikan sungai bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ini kerana hidupan tersebut terkenal dengan sifatnya yang suka bersembunyi di celahan batu dan kawasan lubuk.
Memahami perkara tersebut, bagi memenuhi permintaan peminat ikan air tawar, sebuah galeri (kedai) ikan yang terletak di Jln Gombak Batu 3 3/4, Kuala Lumpur memiliki pelbagai jenis ikan sungai yang sedia untuk dimiliki oleh peminat ikan sungai.
Antara ikan yang dijual disana ialah ikan kelah,ikan temoleh, ikan sebarau, ikan lampam, ikan jelawat dan ikan temperas.