Tagal Luanti, Kawasan Larangan Menangkap Ikan.
Tagal Luanti
Tagal Sungai Moroli di Kampung Luanti, terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah. Ianya mengambil masa hampir 2 jam perjalanan melalui jalan Ranau – Tamparuli.
‘Tagal’ di dalam bahasa kadazan dusun bermaksud dilarang memancing atau menangkap ikan. Manakala Luanti ialah nama kampung tereletaknya lokasi Tagal tersebut.
Tagal juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti konservasi, mengekalkan kelestarian alam, terutamanya sungai.
Sistem tagal ini juga turut mendapat pemantaun dari kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan Negeri, Sabah (DOF) sejak tahun 2003 dengan mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk komuniti setempat.
Usaha untuk membangunkan sistem Tagal ini secara formal telah bermula sejak lewat tahun 90an. Ianya pernah di amalkan di Tuaran (1987) dam di Kota Belud (2009).
Sistem Tagal di kawal di bawah peraturan kampung yang kemudiannya di bawah Undang-undang adat dan Enakmen Perikanan Darat dan akuakultur 2003, pesalah sistem Tagal boleh dikenakan denda atau hukuman sehingga dua tahun penjara
Hampir 500 batang sungai telah menggunakan / mengaplikasikan sistem Tagal ini.
Pada tahun 2009, terdapat 240 kawasan Tagal yang melibatkan 240 sungai di Sabah.
Pelaksanaan sistem Tagal yang paling berjaya adalah sistem tagal di Babagon, Noturuss, Kiburot, Nalapak (2008) dan Luanti Baru (2002).
Sebagai penasihat teknikal kepada pelaksanaan sistem tagal, salah satu tugas utama DOF adalah mempromosikan aktiviti ekopelancongan bagi sungai yang berada di bawah program sistem tagal.
Sumber :
www.ikantengas.org , sabah.attractionsinmalaysia.com