Channa Marulioides (yellow sentarum) Bernilai RM2,000
Channa Maru RM 2,000
Bagi peminat hobi ikan hiasan, terutamanya peminat ikan predator Channa, pasti mengenali spesis yang boleh dianggap ‘king’ dalam keluarga channa ini, Channa Marulioides.
Channa maruliodes ini memang terdapat peminatnya tersendiri kerana susuk badannya yang boleh dianggap garang dan gagah.
Ikan channa marulioides merupakan sejenis ikan yang boleh ditemui di banyak kawasan air tawar di asia tenggara dan banyak ditemui di Indonesia di daerah Kalimantan dan Sumatra.
Ikan ini boleh mencapai panjang 80 cm dan bahagian yang paling menonjol adalah badan ikan ini. Terdapat pola bunga yang bermekaran pada sisiknya.\
Semakin rapi dan kemas polanya, maka harganya akan menjadi sangat mahal. Di habitat asalnya channa marulioides memakan cacing tanah, ikan kecil dan katak.
Channa marulioides juga memiliki beberapa varian, iaitu merah (red) dan kuning (yellow).
Di dalam varian red dipecah ianya dibahagikan kepada Red Barito, Red Sampit, Red Pangkalan Bun, Red Sentarum, dan Red Seruyan.
Manakala di dalam varian Yellow ianya dibahagikan kepada Yellow Sentarum, Yellow Riau, Yellow Jambi, Yellow Trengganu, dan Yellow Surathani.
Nama-nama tersebut merujuk kepada lokaliti asal ikan tersebut.
Kaedah Pemarkahan Channa Marulioides Di Dalam Pertandingan. - AKUARIA
May 19, 2022 @ 9:29 pm
[…] Channa Marulioides (yellow sentarum) Bernilai RM2,000 […]