Kaedah Pemarkahan Channa Marulioides Di Dalam Pertandingan.

Melalui satu perkongsian di dalam laman facebook Kuala Lumpur Snakehead Squad berikut adalah cara penilaian ikan Channa Marulioides di dalam sesuatu pertandingan.
Kedah penilaian/pemarkahan ini adalah mengambil contoh dari Indonesia Channa Contest.
Kedah penilain di bahagikan kepada beberapa bahagian:
1. Adaptasi
2. Mental
3. Bunga
4. Warna
5. ‘Bar’
6. Anatomi
1. Adaptasi
Ikan yang aktif/agresif di dalam tank dan boleh berenang menghadap juri ketika di nilai (tanpa sebarang interaksi) akan mendapat 10 markah.
>> Baca Juga : Channa Marulioides (yellow sentarum) Bernilai RM2,000
2. Mental.
Ikan akan diberikan 4 markah jika memberika respon (di tengah/permukaan air) ketika didekati. Manakal ikan yang pasif akan mendapat 1 markah sahaja.
3. Bunga.
Bunga berbentuk ‘ring’ sempurna di seluruh kawasan ‘bar’dari bawah hingga ke punggung dan bersambung di setiap barnya di belakang sirip dayung atau bahagian sisi dan juga bahagian atas kepala akan mendapat 5 markah.
4. Warna.
Pemarkahan bagi bahagian ini adalah berbeza mengikut varian ikan.
5. Bar
Bar yang simetri kemas di bahagian kanan dan kiri, bersih dan berwarna hitam pekat akan mendapat 4 markah.
6. Anatomi
Bahagian ini akan melihat bentuk badan ikan berdasarkan penilaian yang telah ditetapkan.
==========